Syed Saddiq buat warga Indonesia terpegun

Syed Saddiq buat warga Indonesia terpegun


SEMEMANGNYA Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, mempunyai aura tersendiri.

Kehadiran beliau ke Indonesia adalah untuk menyelesaikan isu keselamatan atlet negara, susulan provokasi penonton Indonesia ke atas pemain bola sepak negara bawah 19 tahun, selain membincangkan dan meninjau persiapan Sukan Asia 2018.

Tiba di Indonesia malam Jumaat, jadual Syed Saddiq sepanjang hari nampaknya penuh, antaranya mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi.

Kedua-dua tokoh itu tidak ketinggalan memuat naik gambar bersama Syed Saddiq ke akaun Instagram, dan ia pantas mencuri tumpuan rakyat negara itu.

Bukan sahaja kerana ketampanannya, malah ramai yang kagum dengan fakta bahawa Malaysia memilih seorang anak muda yang baru berusia 26 tahun, sebagai menteri.

Ramai dalam kalangan mereka yang mencadangkan kepada Jokowi agar Indonesia mengambil langkah yang sama dengan memberi peluang kepada golongan belia menjawat jawatan penting dalam kerajaan.

Agak melucukan juga apabila ramai netizen, khususnya wanita, meninggalkan komen pada gambar yang dimuat naik Jokowi, meminta nama akaun Instagram Syed Saddiq.

Pemerhatian netizen juga mendapati pengikut akaun Instagram Syed Saddiq bertambah kira-kira 100,000 hanya selepas sehari beliau di Indonesia.



Malam yg sangat mengesankan bertemu dg sahabat dan teman baru yg sangat baik, bersahaja, muda, ganteng, cerdas dan hebat. Menteri Sukan dan Belia (Menpora) Malaysia, Yang Mulia @syedsaddiq . Banyak hal dibicarakan, soal persiapan @asiangames2018, harmoni Indonesia-Malaysia, soal perlakuan supporter kpd timnas Sepakbola u/ 19 Malaysia di piala AFF di Sidoarjo yg saya harus mohon maaf atas peristiwa tidak nyaman itu kpd beliau dan seluruh rakyat Malaysia, juga soal tekwan dan pempek Palembang yg pedas, soal kawasan Sport City Jakabaring, sampai soal keluarga dan karier. Dan beliau hadir ke Palembang atas undangan saya u/ bersama2 mendampingi Bapak Presiden @jokowi meninjau kawasan Sport City @jakabaringsportcity Palembang. Selamat datang di Indonesia Pak Menpora termuda dan terbaik. Selamat menikmati keindahan dan kemolekan Palembang. Kita saudara yg paling dekat dan akan terus dekat selamanya. Oiya Salam ke Datuk Siti Nurhaliza ya. -IN.
A post shared by Imam Nahrawi (@nahrawi_imam) on


SUMBER

0 Response to "Syed Saddiq buat warga Indonesia terpegun"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==