Sharnaaz, Fendy Bakar turut tak setuju





SELEPAS pengacara dan bekas penyampai radio terkenal, Faizal Ismail menyampaikan pendapatnya yang tidak menyokong sesetengah pengguna media sosial yang memuat naik video isteri sedang bersalin, dua aktor Sharnaaz Ahmad dan Fendy Bakar turut menyatakan pendapat sama.

Sharnaaz menerusi Insta Stories Instagram peribadinya secara bergurau berkata, dia tidak akan memuatnaik video isterinya sedang bersalin dan bimbang akan mendapat 'penerajang' (ditendang) sekiranya berbuat demikian.


"Kalau aku post video time bini (isteri) aku bersalin nanti, mau lepas bersalin aku kena penerajang kamikaze dengan beliau.

"Jangan risau sayang, I tak buat kerja macam tu," tulisnya disertai ikon ketawa dan tanda bagus.

Isteri Sharnaaz, Noor Nabila, yang juga kakak kepada Neelofa kini sedang hamil anak pertama mereka.


Manakala pelakon yang terkenal dengan drama Mr. Grey, Fendy Bakar pula memuat naik semula status Faizal Ismail, juga di Insta Stories miliknya diikuti ayat : "Yeah dan ikon 100 markah".

Faizal Ismail semalam menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pengguna media sosial kini yang gemar memuat naik video isteri sedang bertarung dengan kesakitan ketika bersalin.

“Maaf, saya tak sokong upload video saat-saat isteri tengah nak bersalin, walau dalam apa keadaan sekalipun.

“Ia adalah saat sangat peribadi, apatah lagi si isteri tengah bersabung nyawa. Lebih baik berdoa dan baca apa yang patut. Ia bukan untuk tontonan umum,” luah Faizal menerusi laman Instagramnya.

Bagaimanapun teguran tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa, sebaliknya bekas penyampai Hot FM  hanya menyuarakan pendapatnya secara terbuka.

0 Response to " Sharnaaz, Fendy Bakar turut tak setuju"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==