SEREMBAN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, keputusan berkenaan diambil selepas berfikir panjang sama ada mahu meneruskan perjuangan parti atau bersara terus dari bidang politik.
"Banyak juga desakan dan sokongan supaya saya bertanding jawatan Presiden, tetapi apabila difikirkan semula keupayaan, biar saya bertanding jawatan ini sahaja supaya dapat membantu Presiden yang akan dipilih nanti.
"Saya harap tiada pihak yang akan salah tafsir tindakan saya ini kerana niat saya hanya mahu berbakti kepada parti dan masyarakat di kala parti ini sedang dalam keadaan tenggelam ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Khatam Tadarus al-Quran Persatuan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI) di bangunan NSWO di sini, hari ini.
Mohamad berkata, jika berkesempatan beliau akan mengisi borang pencalonan itu malam ini dan menghantar menerusi dalam talian.


0 Response to "Mohamad Hasan tanding Timbalan Presiden UMNO"
Posting Komentar