MEXICO CITY: Enam polis trafik maut selepas ditembak sekumpulan lelaki bersenjata di ibu kota Salamanca, Mexico, semalam, antara serangan paling dahsyat terhadap pasukan keselamatan sejak kebelakangan ini.
Menurut pentadbir kanan bandar Salamanca, Guillermo Maldonado dalam satu video yang disiarkan di televisyen Mexico, enam anggota polis itu sedang menjalankan pemeriksaan rutin semasa mereka dibunuh.
Namun, motif serangan yang berlaku pada siang hari itu tidak dapat dipastikan.


0 Response to "Enam polis trafik dibunuh di Mexico"
Posting Komentar