Sultan Johor mahu kerajaan segera dilantik



JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mahu kerajaan baharu dilantik dengan kadar segera.

Sultan Ibrahim berharap Istana Negara juga segera melantik Perdana Menteri yang baharu pada hari ini juga.


“Pada semua rakyat Johor, bangsa Johor iaitu pilihan raya telahpun berlalu. Saya minta semua menghormati suara rakyat yang mana rakyat hendakkan kerajaan yang baharu.

“Dengan ini saya minta kerajaan dilantik serta merta dan jangan buang masa lagi. Saya harap Istana Negara hari ini juga melantik Perdana Menteri yang baharu,” titahnya seperti dipetik dalam video berdurasi 2 minit menerusi laman Facebook rasmi baginda, di sini, hari ini.

Baginda bertitah perkara tersebut adalah atas kepentingan rakyat dan bukannya kepentingan baginda atau individu.

“Saya harap perkara ini sampai kepada seluruh rakyat Johor dan Malaysia yang mana saya cintai,” titahnya lagi.

0 Response to "Sultan Johor mahu kerajaan segera dilantik"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==