PH tetap tunai janji mansuh GST



PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan pimpinannya tetap akan menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) seperti dijanjikan, sebelum ini.

Dr Mahathir menegaskan pemansuhan GST penting kerana pelaksanaannya jelas membebankan rakyat dan menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan harian.

"Kita akan mansuhkan GST kerana rakyat tidak perlukannya. Oleh itu, kita akan kembali ke SST yang dimansuhkan kerajaan sebelum ini," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini, PH mengumumkan akan menghapuskan GST dalam tempoh 100 hari pertama, jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sementara itu, Dr Mahathir mengesahkan kerajaan baharu pimpinannya juga akan mengkaji semula perjanjian perniagaan dibuat dengan negara China termasuk perjanjian berkaitan projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) yang ditandatangani antara kerajaan Barisan Nasional (BN), sebelum ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata beliau berasakan PH patut mengkaji kembali semua perjanjian terbabit dan jika perlu rundingan semula akan dilaksanakan.

"Apa yang merisikokan kami adalah pinjaman yang dibuat kerajaan. (Sebanyak) RM55 bilion hanya untuk ECRL dan pinjaman lain yang mana akan menjadi bebanan besar kepada negara.

"Sebuah negara yang bertanggungjawab harus cuba untuk mengurangkan pinjaman, atau tidak ia (negara) akan menjadi kambing hitam," katanya.

0 Response to "PH tetap tunai janji mansuh GST"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==