KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor keluar dari kediaman mereka di Jalan Langgak Duta untuk berbuka puasa pada jam 6.40 petang.
Namun, mereka menaiki dua kenderaan berasingan tanpa diiringi polis pengiring, susulan perkhidmatan itu telah ditarik balik oleh kerajaan.
Mereka meninggalkan kediaman, sejurus ketibaan dua kenderaan yang membawa kira-kira 20 pelajar tahfiz dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Terdahulu, polis hari ini merakam keterangan Najib berhubung pemeriksaan dan serbuan polis di tiga unit kediaman di Pavilion Residences pada 18 Mei lalu.Kenderaan polis dipercayai dinaiki pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat keluar dari kediaman peribadi Najib di Langgak Duta pada pukul 1.40 petang setelah dua jam berada di kediaman itu hari ini.
Difahamkan,siasatan dijalankan susulan laporan polis dibuat Najib di Pekan, Pahang baru-baru ini mengenai serbuan dan rampasan barangan milik berharga di apartmen mewah yang terletak di Jalan Raja Chulan itu.

0 Response to " Najib, Rosmah keluar berbuka tanpa dikawal"
Posting Komentar