KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya di Jalan Langgak Duta, jam 1.20 tengah hari tadi, diiringi dua polis menaiki motosikal berkuasa tinggi.
Beliau yang menaiki Toyota Vellfire terus masuk ke kawasan kediaman dan dalam masa sama wartawan cuba merakam gambar dan videonya.
Najib meluangkan masa di Pekan, Pahang, semalam dan dipercayai bertolak dari kediaman Seri Kenangan, Peramu, Pekan kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Hari ini masuk hari keenam anggota polis berkawal 24 jam di hadapan kediaman Najib, malah petugas media juga masih berkampung di lokasi.


0 Response to "‘Najib, henti berbohong bahawa skandal 1MDB adalah fitnah’"
Posting Komentar