Walaupun memainkan peranan besar membongkar satu demi satu skandal dalam kerajaan BN, Rafizi Ramli nampaknya tidak berminat dengan sebarang jawatan selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya menguasai Putrajaya pada 9 Mei lalu.
Sebaliknya naib presiden PKR berkenaan membayangkan rancangan baru yang akan dilaksanakannya - menyasarkan Terenganu.
Dalam siri ciapan di Twitter hari ini Rafizi berkata dia tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan persekutuan.
"Sebagai ahli politik saya akan memberi tumpuan untuk Pakatan Harapan memenangi Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya tidak akan mengambil sebarang peranan dalam kerajaan buat masa ini," ciapnya.
Rafizi - yang sebelum ini menjadi anggota parlimen Pandan - adalah orang yang bertanggjawab membongkar pelbagai isu berkaitan kerajaan serta pemimpin Umno.
Antaranya ialah mengenai projek National Feedlot Corp Sdn Bhd (NFC) dan 1MDB.
Dia juga sudah disabitkan atas kesalahan melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) bersama bekas kerani, Johari Mohamad.
Kedua-dua mereka dijatuhi hukuman penjara 30 bulan


0 Response to "Minat Rafizi pada Terengganu, bukan jawatan kerajaan"
Posting Komentar