Seorang pemimpin menggesa semua pihak memberi peluang kepada Dr Maszlee Malik untuk memainkan peranannya sebagai menteri pendidikan.
Kata Lim Kit Siang, beliau sedar ada pihak yang mengkritik bekas pensyarah itu kerana dilantik ke jawatan berkenaan.
"Tapi berikan peluang kepada ahli akademik berusia 44 tahun itu membuktikan kesesuaiannya untuk jawatan penting sebagai menteri pendidikan bagi Malaysia baru," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Maszlee ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa sebelum melepaskan jawatannya untuk menyertai parti BERSATU. Pakatan Harapan kemudian menurunkannya sebagai calon di kerusi parlimen Simpang Renggam pada 9 Mei lalu.
Dalam PRU berkenaan Maszlee memenangi kerusi berkenaan dengan kelebihan 3,475 undi sekali gus mengetepikan pencabar terdekat, Setiausaha Agung Gerakan Liang TecPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kemudian mengumumkan Maszlee dilantik menjadi menteri pendidikan pada 18 Mei lalu.
Bagaimanapun pelantikan berkenaan tidak disenangi sesetengah pihak. Antara lain mereka mengaitkan latar belakang serta pendirian beliau berkenaan dalam isu keagamaan.
Ketika sebahagian orang menuduh Maszlee sebagai liberal, pihak yang lain pula melihat beliau tokoh yang konservatif dalam beragama.
Di era teknologi maklumat
Maszlee juga dikaitkan kononnya menyokong pendakwah dari India, Dr Zakir Naik.
Kenyataan Lim itu dikeluarkan ketika sesetengah orang mengkritik Maszlee berdasarkan satu klip vodeo yang menyentuh mengenai orang bukan Islam di negara ini.
Kata Lim, orang dalam klip video yang ditularkan itu bukanlah Maszlee sebaliknya individu lain.
"Sejak semalam satu klip video mengenai sikap fanatik seseorang tersebar di media sosial dan mereka mencadangkan ia perlu ditularkan sehingga sampai kepada Tun (Dr Mahathir Mohamad) sebelum dia menjadi menteri pendidikan.
"Dia yang dimaksudkan ialah Maszlee Malik tetapi orang yang ada dalam klip video itu sama sekali bukan beliau," katanya.
Anggota parlimen Iskandar Puteri itu juga berkata orang ramai perlu mengesahkan kesahihan sesuatu maklumat yang diterima sebelum menyebarkannya.
"Kita dalam era teknologi maklumat, justeru kita perlu sedar kesan-kesannya.
"Sebagai pengguna era maklumat, kita mesti mengikut disiplin baru dan satu daripadanya ialah mengesahkan kesahihan mesej serta klip video sebelum mengedarkannya di media sosial," katanya.k Meng.


0 Response to "Kit Siang: Beri perluang kepada Maszlee"
Posting Komentar