SUBANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa menggunakan Pasukan Tempur Ringan (LSF) bagi mengawal bahagian pintu enam yang menjadi laluan ke bangunan terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAS) Subang.
Jumlah kehadiran orang ramai semakin meningkat, dianggarkan seramai hampir 100 orang berkumpul di perkarangan LTSAS.
Terdahulu, sebuah Toyota Vellfire putih yang diletakkan di hadapan pintu 6 terminal itu menarik perhatian ramai dan sesetengah mengerumuni kenderaan itu dan ada yang meminta penumpangnya keluar menunjukkan diri.
Polis terpaksa bertindak untuk mengawal keadaan dalam usaha menghalang orang ramai daripada bertindak agresif.
Selepas hampir sepuluh minit, tanda tanya mengenai penumpang Vellfire itu terjawab iaitu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Kenderaan itu kemudiannya dibenarkan masuk ke kawasan lapangan terbang.


0 Response to "Kecoh di Terminal Sky Park Subang"
Posting Komentar