PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penemuan hasil siasatan pihaknya berhubung skandal 1Malaysia Develompent Berhad (1MDB) setakat ini mempunyai persamaan dengan penemuan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, berkata jika wujud perbezaan dalam hasil siasatan antara DOJ dan pihaknya, ia mungkin membabitkan perbezaan kecil.
"Penemuan DOJ dan SPRM dalam kes 1MDB hampir sama. Kalau ada pun lebih kurang sahaja," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.
Mohd Shukri turut berkata, SPRM kini sedang berusaha untuk menyerahkan bantuan guaman bersama (MLA) dalam siasatan 1MDB kepada negara luar termasuk Switzerland dan negara lain.
Katanya, ia berikutan bukti yang dikumpul SPRM setakat ini adalah bukti domestik dan usaha perlu dilakukan segera untuk mendapatkan keterangan dari luar negara yang memerlukan MLA menerusi Pejabat Peguam Negara.
"Kami akan melakukan yang sebaik mungkin. Kami tiada masalah dengan Switzerland.
"Mungkin sukar untuk berurusan dengan negara Arab seperti Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Tapi kami akan kerja keras," katanya.


0 Response to "1MDB: Hasil siasatan SPRM hampir sama dengan DOJ"
Posting Komentar