SHAH ALAM- Meskipun kedua-dua ayah mereka memilih haluan berbeza pada PRU14 ini, namun kasih sayang keluarga tetap utuh terjalin seperti selalu.
Itulah dizahirkan oleh anak Nik Omar dan juga anak Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Menerusi perkongsian di Facebook, kedua-dua anak tokoh politik Kelantan itu, berkongsi gambar makan bersama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
"Hai buat apa tu semua, anak ustaz Nik Omar dan anak ustaz Nik Abduh nak makan jap," kongsi Nik Ahmad Muhajir Nik Omar.
Seperti diketahui umum, kedua-dua ayah mereka memilih untuk berentap pada laluan berbeza di mana Nik Omar memilih untuk mewakili Amanah (Harapan) yang akan bertanding di kerusi Chempaka sementara Nik Abduh di kerusi Bachok mewakili Pas.
Kedua-dua anak Allahyarham Nik Abdul Aziz itu bakal mencoretkan lagi satu kisah menarik pada PRU14 ini.
Sebelum ini, Nik Ahmad Muhajir berkongsi perasaannya selepas ayahnya Nik Omar mengambil keputusan untuk bertanding mewakili Harapan di Kelantan.
Katanya, tempias politik diterima sangat hebat, termasuklah kecaman daripada pihak tertentu.
"Hebat juga ya tempias politik. Bukan biasa-biasa. Nak join politik hati kena kuat. Semangat kena jitu. Kalau lemah memang rebah sahaja begitu.
"Terima kasih buat sahabat-sahabat yang tak henti menyokong dan memberi kata semangat saat aku dihentam dan dikecam," katanya.
Jelasnya, pelbagai cakap-cakap timbul, selepas penyertaan ayahnya dalam Harapan.
"'bakpo ayah mu jadi gtu'
'bakpo ayah mu pan'
'bodo ayah mu'
'anak derhaka'
'bohh mu lapa nak jadi MB ko'"
"Dan pelbagai lagi sajian kuih muih berbentuk cacian untuk sarapan pagi ini. Nikmatinya dengan tenang," katanya.
Namun, katanya sebagai anak beliau tetap mendoakan yang terbaik buat ayahnya.
"Apa jua wadah yang dipilih ayah moga tetap mendapat berkat dan rahmat daripada-NYA, Amenn," katanya.
Sponsored Links
Rabbit Town Bandung and the Evil in Indonesian Tourism
The Jakarta Post
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Sponsored Links Kamu Mungkin Suka
‘China’s Hawaii’ Opens Door Wider to International Travelers - Caixin Global
Caixinglobal.com
Extinct Javan Tiger Comes Back, Residents Say
The Jakarta Post
Recommended For You
Tiga beradik gegar Parlimen Larut?
Nik Omar dapat restu?
Sponsored Links
When An Indonesian Cannot Speak Bahasa
The Jakarta Post
Recommended For You
Tuan Ibrahim terkejut Nik Omar bertanding
Azwan pertaruhkan logo gajah, yakin cipta kejutan
Sponsored Links
Syngenta, DJI Plant Seeds for Agricultural Drone Partnership - Caixin Global
Caixinglobal.com
Recommended For You
Nik Omar calon Harapan di Chempaka
Letak jawatan jika Datuk Nozula tidak tercalon
Sponsored Links
Mengenal dan Memanfaatkan Cicilan 0% - Tokopedia Blog
Tokopedia
Recommended For You
Ibrahim Ali umum tanding Parlimen Pasir Mas, Dun Tendong
‘Anda belum tentu selamat’
Sponsored Links
Inspirasi Liburan di Hong Kong ala cool mom, Nana Mirdad
Nakita for Discover Hong Kong
BN Perak miliki calon pengganti Zambry
'Saya sedih kita hilang peluang'
Video isteri berzina tersebar
by Taboola
Custom Search
TOP 5 VIDEO PALING HANGAT
Penduduk lega Nizar pindah SPR buat kesilapan dalam kes Tian Chua Saya perlu masa untuk berbincang: Nik Abduh Dah sampai masa BN direhatkan Asyraf kesal dituduh peluk perempuan bukan mahram


0 Response to "Kisah dua anak Nik Aziz 'tambah perisa' PRU14"
Posting Komentar