'TMJ lebih diperlukan di Johor’

JOHOR - PengunduranTunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah satu tindakan yang rasional.
Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Azman A Jalil berkata, TMJ lebih diperlukan di Johor dan tiada gunanya beliau terus berbakti kepada pihak yang tidak tahu mengenang budi serta bersabar.
“Sebagai penyokong Johor, ini adalah berita baik kerana Tunku akan kembali menumpukan sepenuhnya fokus kepada JDT. Tiada lagi masalah pasukan lain. Jadi, kami memang tiada masalah pun dengan keputusan diambil Tunku itu.
“Siapa yang tidak mahu melihat bola Malaysia ini naik? Orang kita tidak sabar, semuanya mahukan drastik, lepas itu ditambah pula dengan mulut-mulut belakang yang tidak membantu.
“Jelas sekali, saya rasa Tunku sudah letih mahu memuaskan hati semua orang, tambahan pula dihentam dan tidak dihargai. Saya tidak nafikan kehilanganTunku adalah satu kerugian besar dalam sukan bola sepak di Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian.
Azman berkata, semestinya pengunduran Tunku Ismail itu adalah terlalu awal dan tidak seharusnya dinilai gagal memandangkan pelbagai pencapaian telah dikecap.
“Sebenarnya orang-orang tidak puas hati ini memang tidak melihat daripada janji awal yang diberikan Tunku semasa memegang jawatan ini. Tunku dah cakap tahun pertama beliau hanya mahu melupuskan masalah dalaman yang melanda.
“Satu tahun adalah tempoh yang pendek dan beliau berjaya menyelesaikannya. Struktur liga juga berjaya beliau kukuhkan tetapi orang asyik ungkit tentang tahap skuad kebangsaan,” katanya.
Katanya, TMJ juga merupakan idealis dan bijak merangka strategi dalam sebarang pekerjaannya.
Menurutnya, keputusan yang diambil beliau untuk meninggalkan badan induk bola sepak Malaysia itu bukan satu kesilapan.
“Beliau seorang yang bijak dan segala tindakannya pasti ada sebab. Kami di sini akan sentiasa menyokongnya dan memberikan sokongan padu.
Ditanya tentang jawatan TMJ sebagai Pengerusi Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), beliau berkata, perkara itu dirasakannya tidak mendatangkan masalah kepada TMJ kerana beliau mampu menarik minat ramai penaja.

0 Response to "'TMJ lebih diperlukan di Johor’"
Posting Komentar