SM Halim meninggal dunia

SM Halim meninggal dunia


SHAH ALAM - Timbalan Ketua Balai Polis Sri Muda, Sarjan Mejar Abdul Halim Mansor disahkan meninggal dunia di Zon Merah, Hospital Shah Alam, jam 4.45 pagi, hari ini.

Beliau yang berusia 54 tahun sebelum itu mengadu sakit pada bahagian perut dan mengalami sesak nafas sebelum rebah di hadapan isterinya, Nurliza Darun Napis di kediaman mereka di Seksyen 7.

Allahyarham segera dikejarkan ke hospital menaiki ambulans bagaimanapun  disahkan meninggal dunia di hospital itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 sekitar jam 11 pagi.

"Arwah yang berasal dari Negeri Sembilan dipercayai mengalami masalah jantung.

"Dia meninggalkan seorang isteri dan dua anak berusia enam dan 12 tahun," katanya.

Beliau berkata, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar buat PDRM dan juga komuniti khususnya di Seksyen 25, Sri Muda dan Seksyen 15.

"Beliau amat rapat dengan komuniti dan sentiasa bekerjasama dalam segala hal sehingga dia dikenali sebagai anggota polis yang rajin, mudah mesra dan berdedikasi dalam tugas.

"Ramai penduduk menangisi pemergian arwah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," katanya.

Allahyarham yang berkhidmat dalam PDRM lebih 30 tahun pernah bertugas sebagai Ketua Balai Polis Komuniti Seksyen 15, sebelum dinaikkan pangkat ke Sarjan Mejar dan berpindah ke Balai Sri Muda.

Sinar Harian turut dimaklumkan oleh rakan sekerja, Allahyarham seorang yang bertanggungjawab kepada keluarga.

Allahyarham turut menjaga ibu dan ibu mertua yang mengalami strok dan mereka tinggal bersama di rumah arwah di Sekyen 7.

0 Response to "SM Halim meninggal dunia"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==