Permohonan maaf kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Permohonan maaf kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
SINAR Harian membuat permohonan maaf terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana kesilapan dalam laporan berita bertajuk ‘Pas berkecuali isu 1MDB’ pada versi cetak’ dan ‘1MDB: Jangan terus hukum’ pada versi online. 

Ini kerana kedua-dua laporan itu telah ditulis di luar konteks ucapan sehingga memberi tafsiran yang negatif terhadap Presiden Pas dan ahli-ahli parti tersebut.

Sinar Harian tidak mempunyai sebarang niat untuk memfitnah, berniat jahat atau memburukkan imej Presiden Pas.

Berita di online diubah selepas mendapat teguran dan menerima transkrip penuh jawapan Presiden Pas. 

Sinar Harian kesal dengan kesilapan yang berlaku dan akan lebih berhati-hati dalam penyiaran membabitkan Presiden Pas pada masa akan datang.

0 Response to "Permohonan maaf kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==