Najib bentang usul meskipun ‘diganggu’

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berjaya membentangkan kajian persempadanan semula pilihan raya di Dewan Rakyat walaupun menerima bantahan daripada ahli parlimen pembangkang.
Najib membentangkan usul persempadanan semula itu apabila Dewan Rakyat bersambung semula selepas berhenti rehat hampir 30 minit ekoran kekecohan yang berlaku akibat bantahan ahli parlimen Pakatan Harapan (Harapan).
Kekecohan itu menyaksikan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah), digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Najib ketika membentangkan usul itu berkata adalah tidak berasas untuk mengatakan syor persempadanan semula itu memberi kelebihan kepada satu pihak sahaja.
“Dengan demikian adalah diharapkan agar syor-syor tersebut dapat membantu wakil-wakil rakyat untuk menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan kepada semua pemilih di dalam bahagian pilihan raya masing-masing.
“Ini memberi kelebihan kepada wakil-wakil rakyat untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan masing-masing sekaligus menafikan persepsi dan dakwaan yang tidak benar lagi berasas bahawa syor-syor ini hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja,” kata Najib.
Usul berkenaan kemudiannya disokong oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudiannya menetapkan setiap ahli Parlimen diberikan tempoh 10 minit untuk berbahas namun dibantah ahli Parlimen Harapan.
Beliau menetapkan lima ahli Parlimen Harapan dan enam ahli Parlimen BN dibenarkan untuk membahaskan usul tersebut.
Sesi perbahasan kemudiannya dimulakan Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Zohdi.
Kemudian sesi ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

0 Response to "Najib bentang usul meskipun ‘diganggu’"
Posting Komentar