Giliran Afdlin bikin panelis terkucil

Giliran Afdlin bikin panelis terkucil
 

Meskipun wacana Sinar Harian bertajuk "Adakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM?" sudah berlalu hampir seminggu lalu, perbahasan mengenainya masih berterusan di media sosial.

Terbaru, forum bertajuk "Adakah Afdlin Shauki Terlalu Gemuk Untuk Menjadi Duta Samsungeeuuw" dimuat naik di laman sosial.

Forum parodi itu mendapat perhatian netizen kerana skripnya yang dikatakan hampir menyerupai forum Sinar Harian 22 Mac lalu.

Dalam klip video kira-kira seminit itu, pelakon dan pelawak Datuk Afdlin Shauki muncul ketika salah seorang daripada dua panelis sedang rancak membahaskan topik perbincangan yang ditetapkan.

Berdasarkan klip video itu, gaya berucap dan wajah salah panelis berkenaan berubah sebaik kehadiran Afdlin.

Pada penghujung forum ketika sesi gambar berkumpulan, Afdlin juga dipaparkan merenung tajam panelis di sebelah yang tertunduk seperti cuba mengelak bertentang mata.

Rata-rata pengguna laman sosial yang menonton klip video itu mendapati parodi berkenaan merujuk kepada kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam forum Sinar Harian yang heboh diperkatakan.

Forum Sinar Harian itu menyaksikan panelis Dr Kamarul Zaman Yusoff dikecam netizen yang menyifatkan beliau "terkucil" dengan kehadiran bekas perdana menteri.

Afdlin sebelum ini turut berkongsi gambar tangkap layar forum berkenaan dengan keterangan "saya pun tak boleh buat lawak seperti ini".

Klip video parodi itu dimuatkan di akaun Instagram @afdlinshaukiofficial merupakan promosi program Lawak Ke Der 2018 yang akan diadakan di Istana Budaya dari 29 hingga 31 Mac 2018.

 

0 Response to "Giliran Afdlin bikin panelis terkucil"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==