Bersih 2.0 tetap berhimpun

KUALA LUMPUR - Bersih 2.0 meneruskan hasrat mereka bagi mengadakan perhimpunan bagi menolak cadangan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) dalam isu persempadanan semula bahagian pilihan raya di Parlimen.
Seawal jam 7 pagi, peserta himpunan dari pelbagai lapisan masyarakat dan umur mula berkumpul di Plaza Tugu Negara.
Turut kelihatan bekas Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang hadir menyertai peserta himpunan terasebut.
Bersih 2.0 akan bergerak menuju ke Parlimen sekitar jam 9 pagi bagi menyerahkan satu memorandum kepada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menyatakan bantahan terhadap pembentangan laporan kajian semula persempadanan yang bakal dibentangkan hari ini.

0 Response to "Bersih 2.0 tetap berhimpun"
Posting Komentar