80 ahli PKR Gua Musang masuk Pas

80 ahli PKR Gua Musang masuk Pas


 
KOTA BHARU - Seramai 80 ahli PKR Cabang Gua Musang mengumumkan keluar parti dan menyertai Pas, hari ini.

Timbalan Ketua PKR Cabang Gua Musang, Syed Azhar Syed Alwi berkata, tindakan tersebut dilakukan kerana hilang kepercayaan kepada PKR yang semakin hilang fokus perjuangannya.

“Pakatan Harapan dilihat semakin hilang fokus dan kemasukan Tun Mahathir Mohamad berserta parti barunya ke dalam koliasi pembangkang dilihat tidak menguntungkan politik Melayu, bahkan Islam itu sendiri.

“Kami juga kecewa dengan parti komponen Harapan yang berterusan bercakaran dan berebut kerusi untuk bertanding. Ini menyebabkan rakyat semakin muak dan bosan,” katanya semasa berucap di JKR10, di sini.

Pada majlis tersebut, borang keahlian diserahkan kepada Yang Dipertua Pas Gua Musang, Azman Ahmad, disaksikan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Ahmad Yakob dan kepimpinan Pas negeri.

0 Response to "80 ahli PKR Gua Musang masuk Pas"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==